Sunday, 16 October 2011


Ketika kau lelah tak berdaya kerana usaha yang gagal, Allah tahu betapa gigih engkau telah berusaha.. Ketika sekian lama kau menangis dn batinmu menderita, Allah telah menghitung tangismu.. Ketika kau rasa hidupmu tak menentu dan waktu terus meninggalkanmu, Allah menunggu bersamamu. Ketika kau kesepian dan kawanmu telah terlalu sibuk walau hanya untuk menelefon, Allah berada disisimu.. Ketika kau telah mencuba segala sesuatu dan tak tahu harus berbuat apa, Allah memiliki jawapannya. Ketika tiba-tiba hidupmu lebih ceria dan kau temukan secebis harapan, Allah telah berbisik kepadamu. Ketika semuanya berjalan lancar dan banyak yang harus kau syukuri, Allah telah menyayangimu. Ketika kegembiraan datang dan kau terasa terpesona, Allah tersenyum kepadamu. Ketika kau bercita-cita dan mimpi untuk diwujudkan, Allah telah membuka matamu dan memanggil namamu.
Jika seorang wanita menangis di hadapanmu, Itu bererti dia tak dapat menahannya lagi.   Jika kamu memegang tangannya saat dia menangis, Dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu.   Jika kamu membiarkannya pergi, Dia tidak akan pernah kembali lagi menjadi dirinya yang dulu. Selamanya….   Seorang wanita tidak akan menangis dengan mudah, Kecuali di depan orang yang amat dia sayangi. Dia menjadi lemah.   Seorang wanita tidak akan menangis dengan mudah, Hanya jika dia sangat menyayangimu, Dia akan menurunkan rasa egonya.   Lelaki, jika seorang wanita pernah menangis keranamu, Tolong pegang tangannya dengan pengertian.   Dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu.   Lelaki, jika seorang wanita menangis keranamu. Tolong jangan mensia-siakannya.   Mungkin kerana keputusanmu, kau merosak kehidupannya.   Saat dia menangis di depanmu, Saat dia menangis keranamu,   Lihatlah matanya….   Dapatkah kau lihat dan rasakan sakit yang dirasakannya?   Fikirkan….   Wanita mana lagikah yang akan menangis dengan murni, penuh rasa sayang, Di depanmu dan keranamu……   Dia menangis bukan kerana dia lemah Dia menangis bukan kerana dia menginginkan simpati atau rasa kasihan   Dia menangis, Kerana menangis dengan diam-diam tidaklah memungkinkan lagi.   Lelaki   Fikirkanlah tentang hal itu   Jika seorang wanita menangisi hatinya untukmu, Dan semuanya kerana dirimu.   Inilah waktunya untuk melihat apa yang telah   Hanya kau yang tahu jawapannya….   Pertimbangkanlah   Kerana suatu hari nanti   Mungkin akan terlambat untuk menyesal, Mungkin akan terlambat untuk mengatakan ‘MAAF’!! ^_^ 

No comments:

Post a Comment